Cara Buka Akaun SSPN Prime Online : Semak Penyata & Bayaran
Cara Buka Akaun SSPN Prime Online. Inilah cara untuk membuka Akaun SSPN-i secara atas talian. Adakah anda berminat untuk memulakan simpanan pendidikan untuk anak-anak atau diri sendiri? Jika ya, kerajaan Malaysia melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah memperkenalkan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebagai pilihan yang sesuai. Di sini, anda akan menemui maklumat terperinci mengenai SSPN-i termasuk proses semakan penyata dan baki bayaran yang dapat membantu anda dan orang awam secara umum.
Untuk mendorong masyarakat menyimpan sejak awal guna menanggung yuran pendidikan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau swasta (IPTS), kerajaan telah memberikan jaminan kepada skim simpanan ini. Dengan peluang membebaskan taksiran cukai sehingga RM8,000 dan dividen yang diberikan secara konsisten, instrumen simpanan ini memberikan manfaat yang besar kepada ibu bapa yang ingin menyediakan dana pendidikan bagi anak-anak mereka di peringkat pengajian tinggi.
Cara Buka Akaun SSPN-i Secara Online & Cara Semak Penyata & Bayaran
Di bawah dikongsikan maklumat tentang apa itu SSPN-i, SSPN-i Plus, caara untuk membuka akaun, menyemak penyata kewangan serta membuat bayaran.
Apa itu SSPN-i?
SSPN-i adalah penjenamaan semula SSPN selari dengan skim patuh syariah yang menggunakan konsep “Wakalah Bil Isthithmar” di mana PTPTN dilantik oleh pendeposit untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan.
Apa itu SSPN-i Plus?
SSPN-i Plus pula adalah satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh PTPTN di mana ia ditambaik baik dengan perlindungan takaful yang murah dan komprehensif. Antara kelebihannya berbanding SSPN-i adalah manfaat takaful bagi 36 penyakit kritikal, khairat kematian termasuk pasangan dan sehingga 3 orang anak, elaun kemasukan hospital dan komitmen serendah RM30 sebulan.
Syarat Pembukaan Akaun SSPN-i dan SSPN-i Plus
- Warganegara Malaysia sama ada pendeposit atau penerima manfaat kepada akaun SSPN-i/ SSPN-i Plus yang dibuka
- Satu akaun sahaja boleh dibuka untuk setiap penerima manfaat yang sama
- Penerima manfaat mestilah berumur antara 1 hari sehingga sebelum mencapai umur 29 tahun
- Penerima manfaat juga boleh menjadi pendeposit atau membuka akaun bagi diri sendiri
- Pendeposit yang berbeza boleh membuka akan SSPN-i/ SSPN-i Plus bagi penerima manfaat yang sama dan tiada had bilangan akaun bagi setiap penerima manfaat
Langkah Buka Akaun SSPN-i/ SSPN-i Plus Online
- Layari Portal Pembukaan Akaun
- Isikan butiran pendeposit seperti nama penuh, nombor MyKad dengan tepat
- Sila pilih Jenis Akaun sama ada:
- Akaun Untuk Diri Sendiri – untuk pelajar yang ingin memohon pinjaman PTPTN (Mestilah berumur 18 tahun)
- Akaun Untuk Anak Jagaan Yang Sah – untuk ibu bapa atau penjaga yang membuka akaun bagi pelajar tidak melibihi 18 tahun
- Lengkapkan butiran-butiran lain
- Masukkan amaun deposit serendah RM20 atau lebih bergantung kepada pendeposit
- Masukkan ID Kod Rujukan PTPTN untuk Pengesahan Pembukaan Akaun (ID Ejen adalah kod rasmi bagi Eksekutif Pemasaran yang sah dilantik oleh pihak PTPTN iaitu KOD RUJUKAN PTPTN: 000002240 )
- Pastikan maklumat semua tepat dan klik Hantar
- Selesaikan pembayaran deposit secara online dan masukkan emel yang aktif
- Cetak atau simpan resit pembayaran deposit yang dibuat untuk rujukan
Cara Semak Penyata & Deposit
Berikut pula adalah langkah-langkah untuk menyemak penyata dan menambah atau mengeluarkan deposit penerima manfaat:
- Anda perlu mendaftar dahulu E-SSPN
- Seterusnya layari Portal SSPN
- Masukkan nombor MyKad pendeposit dan kata laluan yang dicipta untuk E-SSPN
- Klik Hantar untuk masuk ke dalam akaun anda
- Seterusnya klik pada pautan sama ada no. akaun SSPN, nama penerima manfaat atau no. MyKad penerima manfaat
- Semakan Penyata akan dipaparkan
- Pautan penambahan atau pengeluaran deposit juga akan dipaparkan
Pendeposit boleh menyemak penyata, membuat penambahan atau pengeluaran deposit serta mendapatkan penyata pelepasan cukai. Untuk mendapatkan panduan secara terperinci sila rujuk : Panduan Pengguna
Maklumat Lanjut
Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut mengenai perkara di atas, sila hubungi:
- Nombor khidmat pelanggan: 03 – 2193 3000 (Isnin – Jumaat: 9.00 pagi – 5.00 petang)
Semoga perkongsian di atas dapat membantu ibu, bapa, penjaga atau pelajar sendiri untuk menguruskan dana pendidikan pengajian tinggi masing-masing.
Post a Comment for "Cara Buka Akaun SSPN Prime Online : Semak Penyata & Bayaran"