/* custom animate */

Permohonan Pinjaman Baharu PTPTN 2024

Salam Sejahtera...

Bermula tahun 2024, PTPTN telah julung-julung kali permohonan pinjaman pendidikan PTPTN berpindah ke Portal myPTPTN. Terdapat pelbagai fungsi di Portal dan Aplikasi myPTPTN

Saya ingin kongsikan bagaimanakah cara untuk memohon pinjaman PTPTN baharu bagi Pelajar yang melanjutkan pengajian di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

Apakah syarat untuk memohon pinjaman PTPTN bagi pelajar baharu?

1. AKAUN SSPN PRIME ATAU SSPN PLUS  

  • Pelajar mestilah mempunyai akaun SSPN Prime dan/atau SSPN Plus 
  • Bagi SSPN Prime mestilah membuat bayaran deposit minima sebanyak RM20, manakala SSPN Plus pula adalah RM60 
  • Boleh dibuat secara melalui Portal atau di aplikasi mobile MyPTPTN
  • SILA memasukkan KOD EKSEKUTIF / KOD RUJUKAN PTPTN : 000002240 

2. BELI NO. PIN SECARA OFFLINE ATAU di myPTPTN Untuk mohon PTPTN

  • Nombor PIN PTPTN sebanyak RM5 secara offline iaitu boleh dibeli di bank Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • atau boleh terus dibeli di aplikasi myPTPTN

3. PERLU MEMPUNYAI PANEL BANK IPT:

  • Pelajar perlu mempunyai akaun simpanan (bank panel) Semakan bank panel boleh dibuat di Portal/Aplikasi myPTPTN 
  •  Log masuk > PERKHIDMATAN > Pinjaman >Semakan Jadual Permohonan atau di link ini https://myptptn.ptptn.gov.my/ptptn/app/semakan

Baiklah kita terus ke CARA MOHON PTPTN bagi tahun 2024

Langkah 1:
Log Masuk / Daftar Sekarang(jika belum daftar kali pertama perlu verify myKAD dan selfie) di Aplikasi myPTPTN

Permohonan perlu dibuat menggunakan browser sahaja di bawah ini


https://myptptn.ptptn.gov.my/ptptn/app/landing



Paparan selepas log masuk



Langkah 2:
Sila ke menu tepi atas kiri dan pilih > Perkhidmatan    > Pinjaman       >Pendaftaran Permohonan Pinjaman


Seterusnya..


Sekiranya telah mempunyai no PIN dari BSN, sila pilih kiri..





PANDUAN PENUH SILA DOWNLOAD DI SINI: https://drive.google.com/file/d/1GNdYAEkHdNoDbWVhbUH-OClcIpFo7oq7/view?usp=sharing 

DISEDIAKAN OLEH:
MOHD RASUL BIN KAMARUZAMAN
EKSEKUTIF PEMASARAN
PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL
KOD RUJUKAN : 000002240
Dikemaskini: 10 Januari 2024

Post a Comment for "Permohonan Pinjaman Baharu PTPTN 2024"