Insentif Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Melalui Belanjawan 2024
Insentif Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Melalui Belanjawan 2024
Pembentangan Belanjawan 2024 oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Malaysia pada 13 Oktober 2023 (Jumaat) telah memberikan pelbagai insentif kepada masyarakat Malaysia termasuk peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
PTPTN sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) amat berterima kasih dan komited untuk melaksanakan pemberian insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 14 Oktober 2023 hingga 31 Mac 2024 melalui Belanjawan 2024 seperti berikut:
i) Diskaun 10 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman;
ii) Diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran; dan
iii) Diskaun 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual.
Pengerusi PTPTN, YBhg. Datuk Norliza Abdul Rahim berkata “Sebagai sebuah kerajaan Malaysia Madani yang bersifat ihsan, peduli, berkasih sayang dan merasai keperitan rakyat, Kerajaan telah memberikan insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN melalui Belanjawan 2024. Usaha murni ini merupakan keprihatinan Kerajaan ke atas peminjam PTPTN yang bersungguh-sungguh membayar balik pinjaman walaupun dalam keadaan ekonomi yang getir di samping untuk memastikan PTPTN kekal mampan. Semoga insentif ini dapat membantu peminjam PTPTN di dalam membuat bayaran balik. Sehubungan itu, perincian berkenaan pelaksanaan insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN ini akan dimaklumkan oleh PTPTN dalam masa terdekat.”
Untuk sebarang pertanyaan, peminjam boleh melayari portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my atau menghubungi PTPTN melalui saluran berikut:
- Hubungi EN. Rasul PTPTN di 012 - 952 9017
(Beroperasi Isnin hingga Jumaat, jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang) - Live Chat di www.ptptn.gov.my
- Eksekutif Pemasaran PTPTN di https://www.ptptn.gov.my
- Media Sosial Rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
- Sekiranya ingin membuat bayaran melalui aplikasi myPTPTN. Sila masukkan KOD EKSEKUTIF PTPTN: 000002240 semasa membuat bayaran. Sila send bukti bayaran kepada EN. Rasul PTPTN di 012 - 952 9017 untuk mendapatkan surat pengesahan bayaran.
Baca siaran media DI SINI
SILA ISI BORANG INI SEKIRANYA INGIN MENGETAHUI AMAUN BAYARAN DAN CARA BAYAR PENUH.